Ahad, 24 April 2011

DETIK KEMATIAN




Tertulis KEMATIAN


pada suratan kehidupan


namun hanya ALLAH yang tahu


bilakah AJAL bakal bertamu....


Detiknya menghampiri


tanpa petanda yang menanti


bila tiba saatnya nanti


tak siapa dapat melarikan diri....


Itu hakikat dan kepastian


hadirnya tidak pernah kita alukan


tua dan muda miskin dan kaya


semua insan pasti melaluinya....


Sakit di rasa tidak terkata


bila dipisahkan jiwa dari jasadnya


hanya amalan bisa redakan


bebanan derita diambang KEMATIAN.....


Denyutan nadi akhirnya terhenti


bersama nafas yang tak terhela lagi


kerana jiwa meninggalkan pergi


pulang kembali untuk menghadap ILAHI


DARI ALLAH KITA DATANG


KEPADANYA KITA PASTI PULANG.....


DETIKNYA PASTI TIBA


ADAKAH KITA BERSEDIA...............


BELANGSUKAWA


Assalamualaikum...
Jumaat lepas...UKM khusunya dari fakulti pengajian islam dikhabarkan dengan berita yang amat sedih dan mengejutkan..iaitu berita mengenai pemergian seorang pensyarah jabatan dakwah dan kepimpinan iaitu allahyarham Prof Dr. Ahmad Redzuwan b. mohd yunus...Inalillahi wainna ilaihi rajiun....semoga rohnya di cucuri rahmat dan semoga segala amalannya di terima Allah S.w.t...Al-Fatihah

Allahuakhbar....rasa baru sangat jumpa dengan ust untuk uruskan praktikal luar negara...masa tu tengok ust sihat2 je...tu la memang benarlah, maut itu tidak kira sihat,sakit,tua atau muda apabila dah sampai ajal..maka akan pergilah kita semua...

Allahyarham Prof Dr. Ahmad Redzuwan merupakan seorang pensyarah yang sangat menyenangka..Walaupun kenangan dengan ust tidak banyak, tapi rasa sangat beruntung kerana sempat menuntut ilmu dengan ust sewaktu semester satu dulu...Beliau merupakan seorang yang sangat peramah, baik dengan pelajar seorang yang kelakar dan senang hendak berurusan...Selepas ni kami semua akan merindui akan keletah ust..hendak-hendak lagi ketika dalam kulliah...Ust memang seorang pensyarah yang sangat bagus ketika mengajar...i.allah..segala ilmu yang ust curahkan akan ana guna sebagai pelajaran yang berguna untuk ana pada hari ini dan waktu yang mendatang dan i.allah ilmu yang ust curahkan akan ana sampaikan dan ajarkan kepada yang lain...dengan itu tidak putus-putus pahala yang ust akan dapat berkat dari ilmu yang ust curahkan.....

Rasa berat hendak menjalankan praktikal di luar negara...sebelum ini ust yang banyak uruskan group ana dan group sahabat-sahabat ana untuk menjalani praktikal di luar negara...walaupun banyak perkara yang melecehkan yang datangnya dari kami untuk urusan praktikal luar negara...ust tidak mengambil pusing pasal lecehan itu..malah melayan kami dengan sabar...erm...tidak apa walaupun ust telah tiada...semangat ust tetap bersama kami dan kami akan bawa semangat itu untuk teruskan perjuangan kami...SEMOGA ROHMU DI CUCURI RAHMAT......AMEEN

Ahad, 17 April 2011

MinggU PepeRIKsaaN....


Assalamualaikum...agak lama ana tidak mencoretkan sesuatu di sini...maklum agak busy sikit...sekarang tengah minggu peperiksaan..Agak sedikit risau dengan exam semester ini..sebab semester kali ini subjeknyer agak susah sikit...dan agak bimbang jika semester ini tiada peningkatan dalam pointer. Sem lepas pointer agak teruk jugak jatuh..mungkin kesalahan berpunca pada diri sendiri yang sentiasa leka dan lalai....erm...i.allah semester kali ini moga-moga dipermudahkan segala urusan oleh allah...


Peperiksaan semester kali ini bermula pada 12 April 2011 hingga 28 April 2011...sebanyak 7 subjek semester ini yang kena ambik peperiksaan...Alhamdulillah...setakat ni dah 4 kertas sudah di lalui..tinggal lagi 3 kertas lagi yang tinggal....Cuma macam tidak puas hati sikit semester ini punya jadual..kerana ada 1 hari tu yang peperiksaannya sampai 2 paper...agak penat sikit kepala otak dibuatnya...tapi alhamdulillah semuanya sudah berlalu...masa menjawab pun erm..entah lah..semoga kepetusannya nanti memberangsangkan....=)


Erm...mengenai tarikh exam pula..selalu sangat pelajar pengajian islam..tarikh exam mesti dekat hari-hari akhir....tapi bagi ana mungkin tiada masalah...heheh tiap2 minggu boleh balik...kesian kat kawan-kawan...lama sangat nak tunggu habis exam...selalunya fakulti lain cepat jer habis exam...lepas tu sunyi jer kolej-kolej...ramai yang dah balik kampung...tinggal saki baki pelajar yang belum habis exam jer lagik..huhuhuhu....nak-nak pengajian islam...Semester ni perlu menjalani latihan amali dan industri (praktikal). Praktikal bermula pada 1 Mei 2011...memandangkan selalunya 1 Mei cuti hari pekerja..jadi praktikal bermula pada 2 Mei...ermm exam habis 28 april...ada baki 3 hari jer untuk berehat-rehat dari exam sebelum pergi menjalani praktikal....huhhhhhhh...memang penat.. Tapi ini dah memang tugasan yang perlu di buat...nak tak nak kena buat juga....Ermm mengenai praktikal i.allah ana sambung kemudian pada post yang akan datang....hehehe..aak menarik sikit ana nak cerita pasal praktikal nih.....huhuhuu =)


wallahua'alam.........(mERAih riDHo Ilahi)





Isnin, 4 April 2011

Kelebihan Surah Al-Mulk( surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka). Jom baca notes ni, dan beramal

Surah Al Mulk adalah surah keamanan dan keselamatan, kerana ia menyelamatkan pembaca-pembacanya dari siksa kubur. Sejarah telah membuktikan seperti yang berlaku di zaman Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam. Ibnu Abbas menceritakan:

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."

Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud:"Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."

Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."

~selamat beramal~