Jumaat, 15 Januari 2016

TAHUN BARU 2016... SEMOGA LEBIH BAIK DARI TAHUN LALU

Assalamualaikum...


Kann berabuk balik blog ni...ermm macam tak dapat beri komitmen nak kena update blog ni lagi..Lagipun bukan ada follower sangat pun..macam syok sendiri je rasanye buat blog ni.. Tapi dalam-dalam rasa macam syok sendiri, mungkin ada la jugak hamba Allah yang singgah duk baca-baca apa yang ada dalam blog ni..Syukur la nak..semoga sedikit sebanyak apa yang ada dalam blog ni dapat membantu dan memberi sedikit pengetahuan pada pembaca mengenai apa yang mereka tak tahu, tapi mereka jadi tahu lepas baca blog ni. Lagipun dalam blog ni ana tak de la tulis benda yang merepek-merepek. 

Maka bermula tahun baru 2016..ana berazam untuk sentiasa mengupdate blog ni.. Sebab ana rasa dalam hujung tahun lepas dan tahun ni banyak benda menarik yang ana nak kongsikan kepada siapa-siapa lah yang search di google tetibe kuar kat web atau image di google post dari blog ana..Sekurang-kurangnya ada benda la yang dapat ana kongsikan kepada pembaca.. ye ke idok...

Apa-apa pun selamat tahun baru 2016 kepada semua...rasanye tak la terlewat sangat walaupun dah berbelas-belas hari dah berlalu..hihi..nantikan update ana mengenai pengalaman, pengembaraan, rasa, suka duka dan macam-macam la lagi..Harapnya istiqomah la yer..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan