Isnin, 18 Januari 2016

PROJEK KEMBARA



Assalamualaikum w.b.t.....

Haaa...ok la selang 2 hari nak update balik blog ni...semoga istiqomah..tak kisah la ada pembaca ke tak..hahaha.. Ermm apa la yang ana nak cerita hari ini..Mengikut dari gambar di atas macam best je kan..hihi..Sebenarnya ana nak kongsi la sedikit sebanyak dari pada projek-projek perjalanan kembara ana ke negara-negara dalam dunia ni yang pernah ana lawati dan singgah..(cehh macam banyak sangat la kan )... hahaha .Semoga dengan perkongsian ana nanti sedikit sebanyak dapat la membantu kalian nak merancang untuk berjalan-jalan melihat kebesaran tuhan ni di negara lain..yer la kan bumi Allah ni kan luas, jadi setidaknya kita sebagai hamba cuba la bermusafir untuk lihat kebesaran Allah yang lain yang ada di mana-mana.. 

Perkongsian ana ni jugak tidak tertakluk pada tempat yang ana lawati dan singgah.. Ana akan juga berkongsi pengalaman ana menaiki berbagai-bagai transportasi awam yang ada di negara-negara berkenaan..dari kapal terbang, pegangkutan awam seperti, teksi, keretapi, bas dan sebagainya. Nanti boleh la jadi panduan anda kan..haha..Selain itu ana juga akan kongsikan mengenai bajet-bajet yang ana peruntukkan untuk kemabara ni, yelakan tak kan la semberono je kan nak pergi negara orang kalo tak de bajet yang cukup nak bawa..silap-silap nanti terpaksa la jadi penghibur jalanan kat negara orang tu sebab nak kumpul duit untuk balik dek kehabisan wang sebab tak buat bajet kan dah susah nanti...hahaha ... kalo jadi penghibur jalanan ada yang nak singgah tengok ok la jugak..buatnye diorang buat derk je..menggelupur la kita kat sana.. hahaha

Lagi satu, suka ana nak kongsikan nanti tempat makan yang ok la buat kita si pengembara untuk mengisi perut yang berkeroncong nanti.. Ye la weii kalo negara yang kita pergi tu majoriti Islam senang la kita nak singgah makan aman-mana walaupun tepi jalan.. Ni negara yang dipergi memang negara bukan ramai penduduk Islam tak kan nak bepuasa pulak kan.. tak pun nak buat alasan darurat untuk mengisi perut nanti..haaaa janagn nak mengada-ngada yer...hihi..I.allah ana kongsikan nanti.. 

Jadi jangan la risau wahai sahabat-sahabat semua untuk mengembara...best weii...Alasan tak da duit itu masalah lain...sebab ana pun bukan ketegori org yang berada untuk mengembara ke luar negara pun..itu semua berbalik pada diri kita sendiri setakat mana kita mampu untuk capai impian kita..Hakikatnya semua orang boleh asal kita berusaha.. Simpan duit, buat bajet, dan sebagainya..






Tiada ulasan:

Catat Ulasan