Assalamualaikum….setelah sebulan lebih ana tidak mengupdate blog ana nih…dah berabuk ana tinggalkan…Alhamdulillah, akhirnya habis juga exam yang selama 3 minggu berjalan. Erm….tak tahu lah macam mana keputusan peperiksaan semester ini, harap-harapnya meningkat dari semester lepas…Habis jer exam, ana mula sibuk dengan persiapan praktikal ana yang berbaki 3 hari sahaja untuk ana berangkat..Memang padat jadual dalam bulan 4 lepas..Dlam minggu exam sahaja, ana busy untuk selesaikan bermacam-macam perkara yang melibatkan praktikal ana ke luar negara. Bercakap mengenai praktikal, Alhamdulillah akhirnya tercapai juga impian ana untuk melakukan di luar Negara. Ini adalah pengalaman pertama ana menjejakkan kaki ke luar Negara yang mana sudah menjadi impian ana untuk pergi ke luar Negara. Tak sangka rupanaya UKM telah merialisasikan impian ana ke luar negara. Segala perbelanjaan ana selama sebulan di luar negara di tanggung oleh UKM…Terima Kasih UKM..Jadi, bercerita mengenai praktikal ana, ana telah meilih negara Sudan sebagai tempat untuk ana dan 5 orang lagi sahabt ana untuk menjalani praktikal. Kami telah memilih kedutaan Malaysia sebagai tempat kami menjalani praktikal selama sebulan di Sudan. Kumpulan ana terdiri dari 6 orang, iaitu 3 laki dan 3 perempuan. 4 dari kami dari jabatan Usuluddin dan Falsafah dan 2 lagi dari Jabatan Al-quran dan As-sunnah. Panjang ceritanyer kenapa kami meilih Sudan sebagai tempat kami meenjalani praktikal. Tapi itu rasanya tidak penting untuk ana ceritakan. Cuma apa yang penting ini merupakan kali pertama ana dengan sahabat-sahabat ana menjejakkan kaki ke luar negara..Kami berangkat ke Sudan pada 2 May 2011, dengan menaiki pesawat Royal Jordanian yang berlepas ke Sudan dari KLIA pada pukul 10.30 malam. Ramai yang kata..kenapa Royal Jordanian?...huhu rupa2nya tak berapa terkenal sangat flight ni..Tapi nak buat macam mana, flight ini saja yang menawarkan harga yang murah untuk ke Khartoum, berbanding flight-flight yang lain seperti yang telah dicadangkan oleh kawan-kawan iaitu, Etihad airways,emirates,gulf air,Qatar airways, Saudi airlines mahupun Kuwait airways, semuanya harga mahal melainkan Royal Jordanian saja yang murah. Jadi sebulat suara ana pilih Royal Jordanain….
logo royal jordanian
kapal terbang royal jordanian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan