Rabu, 11 November 2015

FLIGHT REVIEW - MALINDO AIR BUSINESS CLASS

Assalamualaikum w.b.t...
Kembali lagi bertemu lagi.. Hari ini ana nak kongsi sedikit tentang pengalaman ana menaiki penerbangan MALINDO AIR.. Mungkin report ana ni sama sahaja dengan blogger yaang lain yang pernah menaiki penerbangan ini. Namun setiap orang ada pengalamannya masing-masing. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu pembaca yang lain untuk merasai dan mencuba penerbangan ini bagi yang belum pernah mencuba.

Penerbangan kali ini adalah dari Kuala lumpur atau dalam ringkasan penerbangan (KUL) ke Kota Kinabalu (BKI). Apa yang menarik adalah inilah kali pertama ana mencuba penerbangan di kelas bisnes bak kata orang kelas bisness ni untuk orang-orang kaya..hahaha.. Tapi sebenarnya sesiapa saja pun boleh duduk di kelas ni sebenarnya. Mungkin bagi yang lain memikirkan duduk di kelas ekonomi pun ok jugak. Tapi ana saja untuk mencuba sekali sekala..bukan selalu yerk hihihi (kopak jugak kalau naik selalu di kelas bisnes). Untuk harga di kelas bisnes ni ana mendapatkan harga yang murah berbanding di penerbangan utama Malaysia yang lain. Maksudnye harga kelas bisnes Malindo Air yang ana naik ni sama harganya dengan harga kelas ekonomi di Malaysia airlines dan di Air Asia.. Haa mau tak termengelupur ana tengok harga kelas bisnes Malindo Air semurah ini. Jadi dengan tidak melengahkan masa ana pun terus membooking sebab takut lepas tu harga dia mahal balik. Dan ianya bena, lepas je booking kelas bisness ni dengan harga yang murah itu.. harga kelas bisnes ini menjadi harga asal.. Alhamdulillah sempat juga.. Kalau tidak ntah bila la nak merasa kan. Jadi harga yang ana dapat untuk kelas Bisnes Malindo Air ni ialah Rm354.. Masa ni nak habis cuti sekolah... Selalu tiket flight masa cuti sekolah dan musim perayaan memang mahal nak pengsan (*_*)... hahaha. Untuk pengetahuan MALINDO AIR tergolong dalam penerbangan tambang murah seperti AIR ASIA, JETSTAR AIRLINES, LION AIR, CEBU PASIFIC dan semua flight yang parking di KLIA2 senang..hihihi banyak sangat flight nak sebut satu-satu. Jadi mana kapal terbang yang parking di KLIA2 flight tambang murah la tu. =)

Untuk penerbangan MALINDO AIR ni.. flight yang digunakan adalah jenis Boeing 737-900ER.. flight baru weh... Bau kedai lagi hihii..Sebenarnya ada beza flight Boeing 737-900ER dengan Boeing 737-800 yang MALAYSIA AIRLINES guna.. bezanya flight Boeing 737-900ER MALINDO AIR ni panjang sedikit dari yang 737-800 MALAYSIA AIRLINES. Lagi satu flight ni adalah teknologi terbaru dari syarikat Boeing di mana flight ini ada jenis Sky Interior, maksudnya design ini adalah design terbaru dari syarikat boeing untuk jenis flight 737. Ada banyak jenis sebenarnya flight Boeing 737 ni.. Tapi itu nanti ana akan ceritakan pada post akan datang.. Ana memang suka betul dengan kapal terbang sehingga suka melihat perbandingan antara kapal terbang ini.. ok itu cerita lain nanti.

Jadi .. Inilah  jejak perjalanan "mencuba" menaiki MALINDO AIR BUSSINES CLASS

MALINDO AIR
BOEING 737-900 ER
OD 1004
Kuala Lumpur (KUL) - Kota Kinabalu (BKI)
Seat : 2A
ETD : 08.30 a.m (ontime)


Logo MALINDO AIR



Ok inilah jenis kapal terbangnya. Boeing 737-900ER. Kalau pernah lihat logo dia sama dengan logo kapal terbang di Indonesia iaitu LION AIR.. haha memang la sama dah LION AIR tu Bos dia.. MALINDO AIR ni anak syarikat gabungan Malaysia dan Indonesia..=)


Ok penerbangan Malindo Air ni base dia di KLIA2. Jangan pergi di KLIA pula, memang tak jumpa la Flight tu kat sana.


Kaunter checkin MALINDO AIR ada di kaunter W. Setakat ni MALINDO AIR tiada lagi kiosk self check in untuk print boarding pass. Jadi nanti pergi je di kaunter tunjuk kad pengenalan dan dapat dah boarding pass. Walaupun tambang murah, di kaunter tak perlu bayar walaupun belum check in macam AIR ASIA (opps)


Ok dapat sudah boarding pass.. ok buku biru jangan lupa bawa moga2 belum tampat tempoh..eh ternyanyi sudah.. ok Pasport biru ni bukan warna baru pasport malaysia ye..ni pasport bagi yang duduk bermastautin di sabah dan sarawak.. atau nama santifik dia "Dokumen Perjalanan Terhad" almaklum la overseas kan..hahaha..Memang yang asal semenanjung yang duduk bermastautin di Sabah atau Sarawak memang kena ada pasport biru ni. Kalau datang melancong setakat paling lama seminggu tak perlu pun ada pasport biru ni. Bagi yang duduk bermastautin je yang perlua ada.. Sebab kenapa perlu ada.. ana pun tak tahu..Mungkin untuk keselamatan kut =)


Ok dah dapat boarding pass besegeraklah ke pintu perlepasan ye.. sebab KLIA2 ni masyaAllah besar gedabak.. punya penat nak berjalan ke pintu..nak-nak kalo pintu perlepasan dihujung..memang bercatwalk la nampaknye.. Kalo jenis dah final call tu jangan pula catwalk..sedialah bermaraton ye ke pintu perlepasan..=)


Terus je sampai pintu perlepasan nak masuk ke dalam perut pesawat, ana di sambut oleh pramugari MALINDO AIR yang mesra dan ramah... Pramugarinya berkebaya macam MALAYSIA AIRLINES tapi kebaya nye agak sedikit sexy la bagi ana.. (-_-).. ok terus masuk dalam pesawat betapa excitednye ana melihat suasan interior dalam pesawat ini sebijik dengan MALAYSIA AIRLINES untuk kerusi Business Classnya.. wah ini mendatangkan kekaguman yang nyata..hahaha 



Maka terduduk la ana dengan sangat selesanya di kerusi empuk lagi besar serta selesa ini.. Macam tak percaya je akhirnya dapat juga merasa duduk di seat Business Class ni.. hihi (feeling macam orang koprat rasanye )


Sudah semua penumpang masuk, maka pesawat pun mula bergerak meninggalkan pintu perlepasan dan sedia untuk berlepas. Masa ni sebelum take off pramugari memberikan welcoming drink kepada penumpang di Business Class. Ada 3 jenis air yang boleh dipilih iaitu , jus oren, jus apple atau air kosong. Jadi ana pilih air kosong je. 


Maka terbangla pesawat MALINDO AIR ni dengan mulusny di udara...Selamat tinggal Semenanjung Malaysia


KLIA2 dari tingkap MALINDO AIR di udara.


Untuk seat Business Class ni disediakan bantal dan selimut.. Boleh buat untuk tido2 manja padahal 2 jam 30 minit je penerbangan.


Setelah take off dan pesawat pun sudah stabil di ketinggian 33000 kaki di udara, Pramugari menyediakan minuman.. Jadi untuk kali ke 2 minum ni ana pilih oren jus pulak.


Lepas minum ana kuarkan Tv kecil ni untuk hilangkan boring dalam flight ni.. Ye la tak kan nak pandang kerusi je kan.. Hihihihi


Lepas minum, pramugari mengeluarkan meja di tepi kerusi  dan meletakkan alas untuk penyediaan makanan pulak.. Sebelum dihidangkan makanan pramugari bagi kacang sebagai starter sebelum makan berat. 


Sambil tunggu makanan disediakn tengok cerita apa yang ada dalam inflight entertainment flight MALINDO AIR ni. Untuk Flight Entertainmet tidak banyak sangat pilihan cerita seperti di MALAYSIA AIRINES...Jadi tengok je la mana yang ada.



Ok makanan pun dihidangkan. Untuk menu ini ana pilih Nasi tomata bersama ayam masak merah yang disediakan oleh Kayu Nasi Kandar Penang. Sedap weh... Sebenarnya ada dalam 8 pilihan menu makanam. Jadi ana tertarik untuk pilih nasi tomato ni. Disampingnya juga dihidangkan sekali roti bersama jem, kek, sayuran dan air.. blurppp erkk ALHAMDULILLAH.. kenyang betul =)


Ok ni sumpah best.. Lepas je makan dengan pelahapnya..hahaha pramugari pun kutipla dulang makanan tadi. Ingatkan habis dah makan.. Rupa-rupanya dia datang dengan lenggang lenggoknya membawa aiskrim.. WOW heaven gile rasa.. Yang bestnye bukan aiskrim MATKOOL  atau MAGNOLIA yer.. dia bawa aiskrim HAAGEN-DASZ.. ha.. ko rasa aiskrim ni seringit dua ringgit.. di darat mahal kut aiskrim ni.. fuhh tanpa melengahkan masa ana pun mentekedarah aiskrim ni dengan rakusnya...hahahaha 


Setelah melicinkan semangkuk aiskrim tadi pramugari berkenaan pun mengutip sisa yang telah dihabiskan tadi..Thanks pramugari yang baik hati..


Dah kenyang, apa lagi rehatkan perut untuk menghadamkan makanan tadi.. Mata ni sebenarnya tak boleh nak lelap pun.. walaupun bantal empuk selimut yang tebal menyelimuti kesejukan..Jadi layan je la cerita di inflight entertainment...... (-_-)


Setelah 2 jam 30 minit perjalanan.. Pesawat ini mendarat dengan mulusnya..maksudnya pesawat ni landing dengan sangat terbaik tanpa ada gegaran..terbaik punya pilot.. Sampai sudah di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Pesawat malindo parking di KKIA terminal 1 ye bukan di terminal 2. Teminal 2 hanya untuk pesawat air asia sahaja. Jadi tidak perlu risau apabila sampai di Kota Kinabalu kerana tak perlu turun dari pesawat menggunakan tangga..hihihi =)

Ok begitulah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian ana mengenanai Pesawat MALINDO AIR untuk Business Class. Untuk nilai.. ana memberikan 4* untuk pesawat ini, walaupun ianya tambang murah. Tapi pelayanannya macam tak tambang murah langsung.

Keadaan Pesawat : 8/10 
Interior : 8/10
Pelayanan Kabin : 7/10
Makanan : 9/10
Inflight Ebtertainmet : 4/10
Takeoff : 8/10 (ontime)
Landing : 9/10 (tak bergegar langsung)

Lepas ni boleh la mencuba naik pesawat MALINDO AIR ni. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang route perjalanan MALINDO AIR ni. boleh la ye google dan belek-belek dan terus book destinasi yang anda inginkan.. Pandai-pandailah nanti tengok untuk harga promo MALINDO AIR ni. Kalau rezeki dapatlah harga promo yang murah macam ana dapat ni..Serius berbaloi. Baru-baru ini MALINDO AIR membuka route terbaru mereka ke PERTH. Jadi kut adayang nak honeymoon atau travel dan sebagainya ke PERTH.. boleh la try godek2 laman wen MALINDO AIR ni ye.. SELAMAT MENIKMATI PEBERBANGAN ANDA. 





Isnin, 9 November 2015

Selamat kembali...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar semua sahabat2 ..eh ada ke yang follow blog aku ni setelah lama tinggalkan..hihi..x pe la ada ke tidak sorang dua pun jadilah la kan..Tapi masih releven ke blog2 ni sekarang..? Sebab dari pengamatan sekarang ramai dah sibuk dengan handphone masing-masing main game, instagram, jual on9 dan macam.. Tapi rasanya blog ni masih ada lagi pengikutnya sendiri.. Ye lakan dengan blog ni banyak info-info yang orang cari mengenai travel ke, tempat bercuti ke, makanan ke dan laain-lain sekiranye search di google. Hihi

Yang ana ni dah kenapa baru ni nak terhegeh-hegeh nak menulis blog balik..? Adakah sebab tengah bosan sampai dah tak de kerje nak buat.. atau pun saja nak syok sendiri meluahkan apa-apa yang terbenam dibenak fikiran?...hehehe.. jawpannya ada nanti selagi blog ni masih bernyawa dan bergantung kepada niat ana nak tulis apa..tu lah jawapannya..

Ya Allah.. berhabuk sudah blog ana ni setelah 3 tahun ditinggalkan dek kerana kesibukan menjalani tuntutan kehidupan.. Terakhir menulis blog ni ketika masih bergelar mahasiswa di universiti.. Ya Allah rindunye nak kembali ke zaman belajar dulu.. Itu menjadi kenangan yang indah untuk disimpan di dalam kotak ingatan. 


Rindu zaman gila2 ni.. 


Alhamdulillah setelah berhempas pulas.. Akhirnya membuahkan hasil
Terima Kasih Umi dan Baba


Zaman belajar berlalu pergi.. Alhamdulillah Allah S.W.T mempermudahkan jalan hidup ana ini untuk mengecapai apa yang diinginkan. Tidak perlu menunggu lama, tak sampai setahun Allah memberikan rezeki berupa pekerjaan di mana menjadi dambaan setiap mahasiswa mahupun sesiapa sahaja lepas belajar untuk mendapatkannya. Begitu aku bersyukur sebegitu mudah Allah memberikan jalan kepada hambanya untuk menjalani hidup ini. Tetapi disebalik kemudahan yang Allah berikan ini, ana takut jika kesenangan ini membuatkan ana lupa dan leka. Ya Allah kuatkan iman hambamu ini..sesungguhnya hamba sangat lemah. 

Sekarang di tahun 2015 proffesion perguruan menjadi sumber rezeki untuk ana meneruskan kehidupan. Semoga dengan pekerjaan ini menjadi jambatan ana untuk menuju ke syurga. Seronok juga menjadi seorang guru, walaupun ini bukan lah cita-cita yang diharapkan.. Sudah Allah tentukan takdirku sebegini, maka hambanya redha menerima. 
Kini ana seorang CIKGU !!!!! ;)