Isnin, 9 November 2015

Selamat kembali...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar semua sahabat2 ..eh ada ke yang follow blog aku ni setelah lama tinggalkan..hihi..x pe la ada ke tidak sorang dua pun jadilah la kan..Tapi masih releven ke blog2 ni sekarang..? Sebab dari pengamatan sekarang ramai dah sibuk dengan handphone masing-masing main game, instagram, jual on9 dan macam.. Tapi rasanya blog ni masih ada lagi pengikutnya sendiri.. Ye lakan dengan blog ni banyak info-info yang orang cari mengenai travel ke, tempat bercuti ke, makanan ke dan laain-lain sekiranye search di google. Hihi

Yang ana ni dah kenapa baru ni nak terhegeh-hegeh nak menulis blog balik..? Adakah sebab tengah bosan sampai dah tak de kerje nak buat.. atau pun saja nak syok sendiri meluahkan apa-apa yang terbenam dibenak fikiran?...hehehe.. jawpannya ada nanti selagi blog ni masih bernyawa dan bergantung kepada niat ana nak tulis apa..tu lah jawapannya..

Ya Allah.. berhabuk sudah blog ana ni setelah 3 tahun ditinggalkan dek kerana kesibukan menjalani tuntutan kehidupan.. Terakhir menulis blog ni ketika masih bergelar mahasiswa di universiti.. Ya Allah rindunye nak kembali ke zaman belajar dulu.. Itu menjadi kenangan yang indah untuk disimpan di dalam kotak ingatan. 


Rindu zaman gila2 ni.. 


Alhamdulillah setelah berhempas pulas.. Akhirnya membuahkan hasil
Terima Kasih Umi dan Baba


Zaman belajar berlalu pergi.. Alhamdulillah Allah S.W.T mempermudahkan jalan hidup ana ini untuk mengecapai apa yang diinginkan. Tidak perlu menunggu lama, tak sampai setahun Allah memberikan rezeki berupa pekerjaan di mana menjadi dambaan setiap mahasiswa mahupun sesiapa sahaja lepas belajar untuk mendapatkannya. Begitu aku bersyukur sebegitu mudah Allah memberikan jalan kepada hambanya untuk menjalani hidup ini. Tetapi disebalik kemudahan yang Allah berikan ini, ana takut jika kesenangan ini membuatkan ana lupa dan leka. Ya Allah kuatkan iman hambamu ini..sesungguhnya hamba sangat lemah. 

Sekarang di tahun 2015 proffesion perguruan menjadi sumber rezeki untuk ana meneruskan kehidupan. Semoga dengan pekerjaan ini menjadi jambatan ana untuk menuju ke syurga. Seronok juga menjadi seorang guru, walaupun ini bukan lah cita-cita yang diharapkan.. Sudah Allah tentukan takdirku sebegini, maka hambanya redha menerima. 
Kini ana seorang CIKGU !!!!! ;)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan