Isnin, 18 Januari 2016

PROJEK KEMBARA



Assalamualaikum w.b.t.....

Haaa...ok la selang 2 hari nak update balik blog ni...semoga istiqomah..tak kisah la ada pembaca ke tak..hahaha.. Ermm apa la yang ana nak cerita hari ini..Mengikut dari gambar di atas macam best je kan..hihi..Sebenarnya ana nak kongsi la sedikit sebanyak dari pada projek-projek perjalanan kembara ana ke negara-negara dalam dunia ni yang pernah ana lawati dan singgah..(cehh macam banyak sangat la kan )... hahaha .Semoga dengan perkongsian ana nanti sedikit sebanyak dapat la membantu kalian nak merancang untuk berjalan-jalan melihat kebesaran tuhan ni di negara lain..yer la kan bumi Allah ni kan luas, jadi setidaknya kita sebagai hamba cuba la bermusafir untuk lihat kebesaran Allah yang lain yang ada di mana-mana.. 

Perkongsian ana ni jugak tidak tertakluk pada tempat yang ana lawati dan singgah.. Ana akan juga berkongsi pengalaman ana menaiki berbagai-bagai transportasi awam yang ada di negara-negara berkenaan..dari kapal terbang, pegangkutan awam seperti, teksi, keretapi, bas dan sebagainya. Nanti boleh la jadi panduan anda kan..haha..Selain itu ana juga akan kongsikan mengenai bajet-bajet yang ana peruntukkan untuk kemabara ni, yelakan tak kan la semberono je kan nak pergi negara orang kalo tak de bajet yang cukup nak bawa..silap-silap nanti terpaksa la jadi penghibur jalanan kat negara orang tu sebab nak kumpul duit untuk balik dek kehabisan wang sebab tak buat bajet kan dah susah nanti...hahaha ... kalo jadi penghibur jalanan ada yang nak singgah tengok ok la jugak..buatnye diorang buat derk je..menggelupur la kita kat sana.. hahaha

Lagi satu, suka ana nak kongsikan nanti tempat makan yang ok la buat kita si pengembara untuk mengisi perut yang berkeroncong nanti.. Ye la weii kalo negara yang kita pergi tu majoriti Islam senang la kita nak singgah makan aman-mana walaupun tepi jalan.. Ni negara yang dipergi memang negara bukan ramai penduduk Islam tak kan nak bepuasa pulak kan.. tak pun nak buat alasan darurat untuk mengisi perut nanti..haaaa janagn nak mengada-ngada yer...hihi..I.allah ana kongsikan nanti.. 

Jadi jangan la risau wahai sahabat-sahabat semua untuk mengembara...best weii...Alasan tak da duit itu masalah lain...sebab ana pun bukan ketegori org yang berada untuk mengembara ke luar negara pun..itu semua berbalik pada diri kita sendiri setakat mana kita mampu untuk capai impian kita..Hakikatnya semua orang boleh asal kita berusaha.. Simpan duit, buat bajet, dan sebagainya..






Jumaat, 15 Januari 2016

TAHUN BARU 2016... SEMOGA LEBIH BAIK DARI TAHUN LALU

Assalamualaikum...


Kann berabuk balik blog ni...ermm macam tak dapat beri komitmen nak kena update blog ni lagi..Lagipun bukan ada follower sangat pun..macam syok sendiri je rasanye buat blog ni.. Tapi dalam-dalam rasa macam syok sendiri, mungkin ada la jugak hamba Allah yang singgah duk baca-baca apa yang ada dalam blog ni..Syukur la nak..semoga sedikit sebanyak apa yang ada dalam blog ni dapat membantu dan memberi sedikit pengetahuan pada pembaca mengenai apa yang mereka tak tahu, tapi mereka jadi tahu lepas baca blog ni. Lagipun dalam blog ni ana tak de la tulis benda yang merepek-merepek. 

Maka bermula tahun baru 2016..ana berazam untuk sentiasa mengupdate blog ni.. Sebab ana rasa dalam hujung tahun lepas dan tahun ni banyak benda menarik yang ana nak kongsikan kepada siapa-siapa lah yang search di google tetibe kuar kat web atau image di google post dari blog ana..Sekurang-kurangnya ada benda la yang dapat ana kongsikan kepada pembaca.. ye ke idok...

Apa-apa pun selamat tahun baru 2016 kepada semua...rasanye tak la terlewat sangat walaupun dah berbelas-belas hari dah berlalu..hihi..nantikan update ana mengenai pengalaman, pengembaraan, rasa, suka duka dan macam-macam la lagi..Harapnya istiqomah la yer..





Rabu, 11 November 2015

FLIGHT REVIEW - MALINDO AIR BUSINESS CLASS

Assalamualaikum w.b.t...
Kembali lagi bertemu lagi.. Hari ini ana nak kongsi sedikit tentang pengalaman ana menaiki penerbangan MALINDO AIR.. Mungkin report ana ni sama sahaja dengan blogger yaang lain yang pernah menaiki penerbangan ini. Namun setiap orang ada pengalamannya masing-masing. Semoga dengan perkongsian ini sedikit sebanyak membantu pembaca yang lain untuk merasai dan mencuba penerbangan ini bagi yang belum pernah mencuba.

Penerbangan kali ini adalah dari Kuala lumpur atau dalam ringkasan penerbangan (KUL) ke Kota Kinabalu (BKI). Apa yang menarik adalah inilah kali pertama ana mencuba penerbangan di kelas bisnes bak kata orang kelas bisness ni untuk orang-orang kaya..hahaha.. Tapi sebenarnya sesiapa saja pun boleh duduk di kelas ni sebenarnya. Mungkin bagi yang lain memikirkan duduk di kelas ekonomi pun ok jugak. Tapi ana saja untuk mencuba sekali sekala..bukan selalu yerk hihihi (kopak jugak kalau naik selalu di kelas bisnes). Untuk harga di kelas bisnes ni ana mendapatkan harga yang murah berbanding di penerbangan utama Malaysia yang lain. Maksudnye harga kelas bisnes Malindo Air yang ana naik ni sama harganya dengan harga kelas ekonomi di Malaysia airlines dan di Air Asia.. Haa mau tak termengelupur ana tengok harga kelas bisnes Malindo Air semurah ini. Jadi dengan tidak melengahkan masa ana pun terus membooking sebab takut lepas tu harga dia mahal balik. Dan ianya bena, lepas je booking kelas bisness ni dengan harga yang murah itu.. harga kelas bisnes ini menjadi harga asal.. Alhamdulillah sempat juga.. Kalau tidak ntah bila la nak merasa kan. Jadi harga yang ana dapat untuk kelas Bisnes Malindo Air ni ialah Rm354.. Masa ni nak habis cuti sekolah... Selalu tiket flight masa cuti sekolah dan musim perayaan memang mahal nak pengsan (*_*)... hahaha. Untuk pengetahuan MALINDO AIR tergolong dalam penerbangan tambang murah seperti AIR ASIA, JETSTAR AIRLINES, LION AIR, CEBU PASIFIC dan semua flight yang parking di KLIA2 senang..hihihi banyak sangat flight nak sebut satu-satu. Jadi mana kapal terbang yang parking di KLIA2 flight tambang murah la tu. =)

Untuk penerbangan MALINDO AIR ni.. flight yang digunakan adalah jenis Boeing 737-900ER.. flight baru weh... Bau kedai lagi hihii..Sebenarnya ada beza flight Boeing 737-900ER dengan Boeing 737-800 yang MALAYSIA AIRLINES guna.. bezanya flight Boeing 737-900ER MALINDO AIR ni panjang sedikit dari yang 737-800 MALAYSIA AIRLINES. Lagi satu flight ni adalah teknologi terbaru dari syarikat Boeing di mana flight ini ada jenis Sky Interior, maksudnya design ini adalah design terbaru dari syarikat boeing untuk jenis flight 737. Ada banyak jenis sebenarnya flight Boeing 737 ni.. Tapi itu nanti ana akan ceritakan pada post akan datang.. Ana memang suka betul dengan kapal terbang sehingga suka melihat perbandingan antara kapal terbang ini.. ok itu cerita lain nanti.

Jadi .. Inilah  jejak perjalanan "mencuba" menaiki MALINDO AIR BUSSINES CLASS

MALINDO AIR
BOEING 737-900 ER
OD 1004
Kuala Lumpur (KUL) - Kota Kinabalu (BKI)
Seat : 2A
ETD : 08.30 a.m (ontime)


Logo MALINDO AIR



Ok inilah jenis kapal terbangnya. Boeing 737-900ER. Kalau pernah lihat logo dia sama dengan logo kapal terbang di Indonesia iaitu LION AIR.. haha memang la sama dah LION AIR tu Bos dia.. MALINDO AIR ni anak syarikat gabungan Malaysia dan Indonesia..=)


Ok penerbangan Malindo Air ni base dia di KLIA2. Jangan pergi di KLIA pula, memang tak jumpa la Flight tu kat sana.


Kaunter checkin MALINDO AIR ada di kaunter W. Setakat ni MALINDO AIR tiada lagi kiosk self check in untuk print boarding pass. Jadi nanti pergi je di kaunter tunjuk kad pengenalan dan dapat dah boarding pass. Walaupun tambang murah, di kaunter tak perlu bayar walaupun belum check in macam AIR ASIA (opps)


Ok dapat sudah boarding pass.. ok buku biru jangan lupa bawa moga2 belum tampat tempoh..eh ternyanyi sudah.. ok Pasport biru ni bukan warna baru pasport malaysia ye..ni pasport bagi yang duduk bermastautin di sabah dan sarawak.. atau nama santifik dia "Dokumen Perjalanan Terhad" almaklum la overseas kan..hahaha..Memang yang asal semenanjung yang duduk bermastautin di Sabah atau Sarawak memang kena ada pasport biru ni. Kalau datang melancong setakat paling lama seminggu tak perlu pun ada pasport biru ni. Bagi yang duduk bermastautin je yang perlua ada.. Sebab kenapa perlu ada.. ana pun tak tahu..Mungkin untuk keselamatan kut =)


Ok dah dapat boarding pass besegeraklah ke pintu perlepasan ye.. sebab KLIA2 ni masyaAllah besar gedabak.. punya penat nak berjalan ke pintu..nak-nak kalo pintu perlepasan dihujung..memang bercatwalk la nampaknye.. Kalo jenis dah final call tu jangan pula catwalk..sedialah bermaraton ye ke pintu perlepasan..=)


Terus je sampai pintu perlepasan nak masuk ke dalam perut pesawat, ana di sambut oleh pramugari MALINDO AIR yang mesra dan ramah... Pramugarinya berkebaya macam MALAYSIA AIRLINES tapi kebaya nye agak sedikit sexy la bagi ana.. (-_-).. ok terus masuk dalam pesawat betapa excitednye ana melihat suasan interior dalam pesawat ini sebijik dengan MALAYSIA AIRLINES untuk kerusi Business Classnya.. wah ini mendatangkan kekaguman yang nyata..hahaha 



Maka terduduk la ana dengan sangat selesanya di kerusi empuk lagi besar serta selesa ini.. Macam tak percaya je akhirnya dapat juga merasa duduk di seat Business Class ni.. hihi (feeling macam orang koprat rasanye )


Sudah semua penumpang masuk, maka pesawat pun mula bergerak meninggalkan pintu perlepasan dan sedia untuk berlepas. Masa ni sebelum take off pramugari memberikan welcoming drink kepada penumpang di Business Class. Ada 3 jenis air yang boleh dipilih iaitu , jus oren, jus apple atau air kosong. Jadi ana pilih air kosong je. 


Maka terbangla pesawat MALINDO AIR ni dengan mulusny di udara...Selamat tinggal Semenanjung Malaysia


KLIA2 dari tingkap MALINDO AIR di udara.


Untuk seat Business Class ni disediakan bantal dan selimut.. Boleh buat untuk tido2 manja padahal 2 jam 30 minit je penerbangan.


Setelah take off dan pesawat pun sudah stabil di ketinggian 33000 kaki di udara, Pramugari menyediakan minuman.. Jadi untuk kali ke 2 minum ni ana pilih oren jus pulak.


Lepas minum ana kuarkan Tv kecil ni untuk hilangkan boring dalam flight ni.. Ye la tak kan nak pandang kerusi je kan.. Hihihihi


Lepas minum, pramugari mengeluarkan meja di tepi kerusi  dan meletakkan alas untuk penyediaan makanan pulak.. Sebelum dihidangkan makanan pramugari bagi kacang sebagai starter sebelum makan berat. 


Sambil tunggu makanan disediakn tengok cerita apa yang ada dalam inflight entertainment flight MALINDO AIR ni. Untuk Flight Entertainmet tidak banyak sangat pilihan cerita seperti di MALAYSIA AIRINES...Jadi tengok je la mana yang ada.



Ok makanan pun dihidangkan. Untuk menu ini ana pilih Nasi tomata bersama ayam masak merah yang disediakan oleh Kayu Nasi Kandar Penang. Sedap weh... Sebenarnya ada dalam 8 pilihan menu makanam. Jadi ana tertarik untuk pilih nasi tomato ni. Disampingnya juga dihidangkan sekali roti bersama jem, kek, sayuran dan air.. blurppp erkk ALHAMDULILLAH.. kenyang betul =)


Ok ni sumpah best.. Lepas je makan dengan pelahapnya..hahaha pramugari pun kutipla dulang makanan tadi. Ingatkan habis dah makan.. Rupa-rupanya dia datang dengan lenggang lenggoknya membawa aiskrim.. WOW heaven gile rasa.. Yang bestnye bukan aiskrim MATKOOL  atau MAGNOLIA yer.. dia bawa aiskrim HAAGEN-DASZ.. ha.. ko rasa aiskrim ni seringit dua ringgit.. di darat mahal kut aiskrim ni.. fuhh tanpa melengahkan masa ana pun mentekedarah aiskrim ni dengan rakusnya...hahahaha 


Setelah melicinkan semangkuk aiskrim tadi pramugari berkenaan pun mengutip sisa yang telah dihabiskan tadi..Thanks pramugari yang baik hati..


Dah kenyang, apa lagi rehatkan perut untuk menghadamkan makanan tadi.. Mata ni sebenarnya tak boleh nak lelap pun.. walaupun bantal empuk selimut yang tebal menyelimuti kesejukan..Jadi layan je la cerita di inflight entertainment...... (-_-)


Setelah 2 jam 30 minit perjalanan.. Pesawat ini mendarat dengan mulusnya..maksudnya pesawat ni landing dengan sangat terbaik tanpa ada gegaran..terbaik punya pilot.. Sampai sudah di Kota Kinabalu International Airport (KKIA). Pesawat malindo parking di KKIA terminal 1 ye bukan di terminal 2. Teminal 2 hanya untuk pesawat air asia sahaja. Jadi tidak perlu risau apabila sampai di Kota Kinabalu kerana tak perlu turun dari pesawat menggunakan tangga..hihihi =)

Ok begitulah sedikit sebanyak pengalaman dan perkongsian ana mengenanai Pesawat MALINDO AIR untuk Business Class. Untuk nilai.. ana memberikan 4* untuk pesawat ini, walaupun ianya tambang murah. Tapi pelayanannya macam tak tambang murah langsung.

Keadaan Pesawat : 8/10 
Interior : 8/10
Pelayanan Kabin : 7/10
Makanan : 9/10
Inflight Ebtertainmet : 4/10
Takeoff : 8/10 (ontime)
Landing : 9/10 (tak bergegar langsung)

Lepas ni boleh la mencuba naik pesawat MALINDO AIR ni. Untuk mengetahu dengan lebih lanjut tentang route perjalanan MALINDO AIR ni. boleh la ye google dan belek-belek dan terus book destinasi yang anda inginkan.. Pandai-pandailah nanti tengok untuk harga promo MALINDO AIR ni. Kalau rezeki dapatlah harga promo yang murah macam ana dapat ni..Serius berbaloi. Baru-baru ini MALINDO AIR membuka route terbaru mereka ke PERTH. Jadi kut adayang nak honeymoon atau travel dan sebagainya ke PERTH.. boleh la try godek2 laman wen MALINDO AIR ni ye.. SELAMAT MENIKMATI PEBERBANGAN ANDA. 





Isnin, 9 November 2015

Selamat kembali...

Assalamualaikum w.b.t..

Apa khabar semua sahabat2 ..eh ada ke yang follow blog aku ni setelah lama tinggalkan..hihi..x pe la ada ke tidak sorang dua pun jadilah la kan..Tapi masih releven ke blog2 ni sekarang..? Sebab dari pengamatan sekarang ramai dah sibuk dengan handphone masing-masing main game, instagram, jual on9 dan macam.. Tapi rasanya blog ni masih ada lagi pengikutnya sendiri.. Ye lakan dengan blog ni banyak info-info yang orang cari mengenai travel ke, tempat bercuti ke, makanan ke dan laain-lain sekiranye search di google. Hihi

Yang ana ni dah kenapa baru ni nak terhegeh-hegeh nak menulis blog balik..? Adakah sebab tengah bosan sampai dah tak de kerje nak buat.. atau pun saja nak syok sendiri meluahkan apa-apa yang terbenam dibenak fikiran?...hehehe.. jawpannya ada nanti selagi blog ni masih bernyawa dan bergantung kepada niat ana nak tulis apa..tu lah jawapannya..

Ya Allah.. berhabuk sudah blog ana ni setelah 3 tahun ditinggalkan dek kerana kesibukan menjalani tuntutan kehidupan.. Terakhir menulis blog ni ketika masih bergelar mahasiswa di universiti.. Ya Allah rindunye nak kembali ke zaman belajar dulu.. Itu menjadi kenangan yang indah untuk disimpan di dalam kotak ingatan. 


Rindu zaman gila2 ni.. 


Alhamdulillah setelah berhempas pulas.. Akhirnya membuahkan hasil
Terima Kasih Umi dan Baba


Zaman belajar berlalu pergi.. Alhamdulillah Allah S.W.T mempermudahkan jalan hidup ana ini untuk mengecapai apa yang diinginkan. Tidak perlu menunggu lama, tak sampai setahun Allah memberikan rezeki berupa pekerjaan di mana menjadi dambaan setiap mahasiswa mahupun sesiapa sahaja lepas belajar untuk mendapatkannya. Begitu aku bersyukur sebegitu mudah Allah memberikan jalan kepada hambanya untuk menjalani hidup ini. Tetapi disebalik kemudahan yang Allah berikan ini, ana takut jika kesenangan ini membuatkan ana lupa dan leka. Ya Allah kuatkan iman hambamu ini..sesungguhnya hamba sangat lemah. 

Sekarang di tahun 2015 proffesion perguruan menjadi sumber rezeki untuk ana meneruskan kehidupan. Semoga dengan pekerjaan ini menjadi jambatan ana untuk menuju ke syurga. Seronok juga menjadi seorang guru, walaupun ini bukan lah cita-cita yang diharapkan.. Sudah Allah tentukan takdirku sebegini, maka hambanya redha menerima. 
Kini ana seorang CIKGU !!!!! ;)


Ahad, 9 Ogos 2015

ANA KEMBALI SELEPAS 3 TAHUN MENYEPI

Assalamualaikum... Ya Allah rindunye dengan blog ni.. MasyaAllah penuh sawang labah2 dalam ni punya la lama tidak update .. 3 tahun tu. Ok mulai hari ini ana akan cuba sentiasa update blog ni untuk perkongsian cerita dengan semua..
Bersambung......

Selasa, 20 September 2011

Praktikal di SUDAN

Assalamualaikum........

alhamdulillah setelah berbulan-bulan blog ini tidak di update, akhirnya hari ni ada berkesempatan untuk mengupdate blog ana ini. Pada semua sahabat2 yang follow blog ana, ana mohon maaf jika lama tidak mengupdate blog ini...Sementara syawal masih ada ni, ana ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI...


Untuk post kali ini, ana ingin menyambung post ana yang lepas mengenai perjalanan ana menjalani praktikal di luar negara. Alhamdulillah sepanjang sebulan ana dan sahabat ana berada di SUdan, kami semua berada dalam keadaan baik.. Sebenarnya, jika hendak menceritakan mengenai Sudan, praktikal ini, agak panjang juga jalan ceritanya...jadi ana sertakan gambar di bawah supaya dapat bayangkan keadaan di sana....: -



Ini boleh dikatakan bangunan paling cantik dan paling moden di Sudan..Sebenarnya tidak banyak bangunan pencakar langit di Sudan. Hanya boleh di bilang dengan jari sahaja...





huhu..ini kompleks Petronas yang ada di Sudan. Petronas mendirikan kompleks sendiri di samping kuarters kediaman untuk pekerjanya. Jadi kami di sana tidak terasa asing sangat, sebab ramai rakyat malaysia di sana...



Inilah kompleks Petronas di Sudan..



Inilah kami...ini di depan pintu masuk tempat kami praktikal(Kedutaan Besar Malaysia). Yang kulit gelap tu adalah penjaga keselamatan di kedutaan...sangat peramah, dan boleh sikit2 berbahasa melayu...=)



Kalau bab makanan...huhuhu makanan di Sudan agak menyelerakan, tapi ada juga makanannya agak sukar di terima tekak..ni ais krim yang ada di Sudan. Sudan negaranya agak panas, jadi makan ais krim dapat menghilangkan rasa penat dan rasa dahaga..=)




Ini lagi antara makanan paling lazat di Sudan dan di mana2 negara di dunia....PIZZA...=)



PIZZA lagi....=)



Ini daging ayam pangang.. masa ni makan di restoran Turki



Hahahah..ni masa makan besar di KANDAHAR, perghhh...masa ni makan daging unta, daging kambing yang dimakan bersam roti, sayur-sayur dan salad khas Sudan.



Ni masa di KANDAHAR, ni cara orang Sudan memasak makanan dari daging kambing dan unta..



Kanak-kanak Sudan, kesian mereka waktu2 mereka di isi dengan mencari duit untuk menyara kehidupan mereka.




Keadaan kedai makan di KANDAHAR....



Keadaan jalan di kawasan kedai makan di KANDAHAR, SUDAN




Supermarket di Sudan




Kedai buaha-buahan di tepi jalan =)



Keadaan sekolah di Sudan



Inilah "ammu" yang selalu menghantar dan menjemput kami dari rumah ke tempat praktikal dengan menaiki vannya atau org sudan memanggil "Amjad"



huhuhu....sedang bersantai di laman kedutaan



Bangunan Kedutaan Besar Malaysia di Sudan



Suasana di alaman Kedutaan Besar Malaysia di Sudan



Waktu kerja kami di Kedutaan..dan di Negara Sudan.



bersambung.................

Selasa, 21 Jun 2011

PENGALAMAN MENCUBA MENAIKI PENERBANGAN ROYAL JORDANIAN...=)

Ini merupakan sebuah perkongsian maklumat,pengalaman, dan juga pengetahuan rentetan perjalanan ana dan sahabat ana menuju ke negara Sudan untuk menjalani pratikal di Kedutaan Besar Mmalaysia di Sudan. Kami menaiki penerbangan Royal Jordanian pada tarikh 2/5/2011, penerbangan pada pukul 10.10 malam. Royal Jordanian (RJ) merupakan salah satu penerbangan yang masuk dalam daftar "mesti dicuba". Royal Jordan adalah penerbangan kebangsaan negara Jordan.Walaupun penerbangan ini tidak popular di kalangan rayat Malaysia, tetapi ada sesuatu yang istimewa mengenai penerbangan ini.

RJ tidak terbang terus ke KHR (KHARTOUM). Jadi pilihannya pada waktu itu adalah penerbangan KUL-BKK-AMM-KHR .

Inilah rakam jejak perjalanan "mencuba" menaiki Penerbangan Royal Jordanian.....

Royal Jordanian

Airbus A330-200

RJ 181

Kuala Lumpur (KUL) - Bangkok (BKK) - Amman (AMM)

Seat : 31C

ETD : 22.10pm (ontime)




Logo penerbangan Royal Jordanian




Kapal Terbang Royal Jordanian




Saat tiba di airport KLIA sebelum daftar masuk...tangkap gambar dulu..hehehe



Suasana di KLIA, ramai orang pada waktu malam, sebab penerbangan banyak pada waktu malam..



Kaunter daftar masuk Royal Jordanian...Kaunter F...



Antara syarikat penerbangan yang ada di KLIA



Group pratikal ke SUDAN...hehehehe



Jadual penerbangan Royal Jordanian..singgah di Bnagkok dulu..=)



masa untuk daftar masuk....



selepas melalui pemeriksaan imigresen....=)



tengah dalam nak pergi ke bangunan satelit..jumpa pulak deretan replika kapal terbang nih...




haa..ni rupa kapal terbang yang ana naik...huhuhu



kawasan sekitar KLIA



wakil lelaki dari UKM...huhuhhuh



wakil perempuan dari UKM....huhuhu



dalam aerotrain yang bawa kami ke bangunan satelit untuk naik kapal terbang....



dah sampai..ni Kawasan bangunan satelit di KLIA.....



tempat menaiki aerotrain....



AEROTRAIN........



Boarding pass.....



haa...ni pun kapal terbangnya......



ni jambatan(jambatan ker panggilannyer...huhuhu) yang menghubungkan bangunan satelit ke dalam kapal terbang...



suasana dalam kapal terbang...pergh...nice...lawa, kemas, bersih dan teratur...=)



kombinasi warna kerusi yang sememangnya...cantik..=)




warna baju pramugari dia sedondon ngan kerusi...huhuhu...kenape yer warna kerusi dia sikit jer warna merah....apa motifnya????



mula-mula kompius gak, apa bendanya nih...rupanya tempat sangkut baju.....huhuhu



Pramugari dan pramugara Royal Jordanian...sebenarnya ada dua jenis pakaian pramugari nih, satu lagi pakai jubah tradisional jordan..tapi pramugari yang pakai jubah melayan penumpang di kelas bisness...huhuhu



ok...kapal terbang dah mula meninggalkan trek....huhuhu



selamat jalan MALAYSIA...



perjalanan menuju ke landasan...nampak lak kapal terbang Malaysia airlines



dah sampai di landasan.....siap sedia untuk berlepas....



selamat tinggal MALAYSIA....




SUBAHANALLAH...cantiknyer pemandangan Kuala Lumpur pada waktu malam...



pemandangan bandaraya Kuala Lumpur dari atas awan...



ni antara cenderehati dari Royal Jordanian...earphone ngan apa yer namanyer..tempat tutup mata...huhuhu...=)



dapat tisu lembab..untuk segarkan muka =)



dalam 20 minit penerbangan...makan malam mula di hidang...ni rasanyer spegetti with chiken..ermm sedap gak, bersama-samanya ada roti, jus,kek dan air mineral...=)



selepas sejam transit di bangkok...dalam 20 minit penerbangan...dihidangkan lagi makan malam...aduiii..banyaknyer makan..kali nih, ana pilih nasi lauk kari ayam...boleh tahan sedap gak...=)



buku mengenai penerbangan Royal Jordanian...



Lepas tidor...dalam 8 jam penerbangan..dihidangan pula sarapan pagi..makananya adalah roti bersama jem strawberi, mentega, jus dan buah-buahan...=)



PTV (Personal TV)..banyak gak filem-filem yang terbaru ada didalam flight nih..kiranya x boring la dalam 10 jam perjalanan...



peta yang menunjukkan laluan penerbangan...



Lambang Royal Jordanain..



kalo rasa haus..boleh la minta kopi atau teh kat pramugari....=)



dah sampai bangkok untu ambil penumpang lain....



Kapal Terbang Thai Airways....=)



lepas sejam transit di bangkok..penerbangan terus menuju ke amman, Jordan....ni pemandangan airport amman, Jordan...



dah sampai jordan.........=)



posing jap ....hehehehe..di Jordan kami transit selama 19 jam untuk menanti penerbangan seterusnya ke Khartoum...=)



ruang menunggu di airport amman, Jordan



suasana di airport amman, Jordan =)



ok..gate dah open..penerbangan ke Khartoum sedia berlepas...=)



Kapal Terbang Royal Jordanian...



Boarding pass e Khartoum, Sudan....=)



flight ke Khartoum kecil sikit dari flight dari Kuala Lumpur ke amman, jordan...dalam flight ni seat dia 3 - 3...jadi ruang di antara tempat duduk luas sikit..berbanding flight sebelumnya...=)



PTV....filem-filem dan isi rancangan dalam flight ini sama macam flight sebelumnya.....=)



suasana dalam flight....=)



makan lagi buat kali keempat sepanjang perjalanan dari Kuala Lumpur ke Khartoum....kali ni pilih nasi berlauk ayam lagi...bersamanya, ada roti, biskut, kek coklat, air mineral, jus dan sayur-sayuran....=)



akhirnya...alhamdulillah...sampai juga di airport Khartoum, Sudan....


Sepanjang perjalanan dengan menaiki penerbangan Royal Jordanian ini, memang amat selesa..Walaupun penerbangan ini penerbangan 3 bintang, tetapi service yang diberi amat memuaskan..Jadi lepas ini, sesiapa yang ingin travel kemana-mana boleh la mencuba menaiki penerbangan Royal Jordanian...=)