ermm...kejap jer dah 4 sem bersamaan hampir 2 tahun kat UKM nih...Sejujurnya memang rasa tak percaya yang akhirnya merasa gak duk kat IPTA. Panjang perjalanan nak sampai ke IPTA ni..Ada orang lepas habis STAM atau STPM terus dapat masuk U, macam ana habis STAM, wat pulak Diploma. Ramai yang kata rugi masa jer wat Diploma, tau pas SPM terus wat Diploma, tidak lah masa tu terbuang sangat.Tak per..tu kata orang. Tapi kata ana, tak perla rugi masa, mungkin ada hikmanya. Tapi memang betul, terasa memang banyak hikmahnya semua ini berlaku. Masa result STAM keluar, mohon la IPTA. Dalam kepala bermacam-macam Universiti nak pilih. Apabila sampainya masa keputusan permohonan IPTA keluar, erm..."Dukacita permohanan anda TIDAK BERJAYA"..huhuhu sedih tul. rasa macam gelap jer masa depan.Masa nih tak terfikir lagi nak buat diploma. Pada suatu hari, tengah duk belek2 surat khabr ada iklan mengenai sebuah kolej ni. Masa ni tak tau lagi pasal kolej ni. Tengok dia punya jurusan yang di tawarkan menarik jugak. Pastu nama kolej ni sinonim pulak dengan nama seorang ustaz yang selalu keluar ceramh kat forum perdana ehwal Islam..Tanpa berfikir panjang terus potong surat khabr tu..esoknyer terus buat permohonan untuk buat diploma di situ. Akhirnya sampai jugak surat tawaran. Masa nak pergi mendaftar berdebar2 gak, dalam fikiran.."macam mana lah keadaan kolej ni", "berapa ramai duduk 1 bilik", "saper lah roomate", "senang ke tak belajar kat sini".....huhuhu banyk betul yang difikirkan...dari rumah nak ke kolej ni ingatkan jauh la sangat..rupanyer 20 minit jer dari rumah..hek eleh.....huhu...sewaktu mula nak sampai masuk jer ke kolej ni...wahhhhhhhhhhh terkagum sekejap...mak aik..cantik betul kolej ni...oooo inilah KUIS(KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR)...huhuh...memang indah rupa dari khabar la...memang cantik...seni bina jer ala2 macam kat UIAM..orang kata KUIS ni macam adik UIAM la...
pemandangan di KUIS
Erm...KUIS sebuah IPTS di bawah kelolaan kerajaan negeri selangor. Suasana kolej memang cantik dan ana berbangga kerana pernah menuntut ilmu di situ. Selama 3 tahun di KUIS pelbagai ragam kehidupan sebagai mahasiswa di lalui..macam2 ada...pahit,manis,masam, kelat dan lain..tetapi semuanya manis rasanyer..huhuhuhu...alhamdulillah bila masuk di KUIS bertambah lagi kawan2..Memang seronok apabila mengenangkan kehidupan di Kampus..Kuis, ramai yang kata yuran mahal...hehehe mmg terasa gak mahalnyer...tp nak wat mcm mana..dah nama pun IPTS mmg berbeza la dengan yuran IPTA...pepun redah jer sampai habis belajar..Nasib baik ada PTPTN ang memberi pinjaman sepanjang tempoh menunut ilmu di KUIS..
Akhirnya...habis jugak sesi pengajian di KUIS...bila terkenang kembali, cepatbya masa berlalu...rasa baru jer masuk mendaftar hari tu...pejam celik - pejam celik..dah konvo dah ana...huuhu. Masa hari konvokesyen tu,waktu itu baru jer seminggu mendaftar masuk untuk pengajian prasiswazah di UKM...Alhamdulillah.....akhirnya merasa jugak masuk IPTA...masih dalam keadaan tidak percaya yang dapat masuk IPTA....itulah hikmahnya buat diploma dekat KUIS dulu...x per la walaupun dah makan banyak masa...sebab kalo diikutkan..rakan sebaya yang masa sekolah menengah dulu semua dah habis wat ijazah...daa ada yang dah kerja pun..ana pulak baru nak ambik..huhuhuh x per slow2...Apa2 pun jutaan terima kasih kepada semua tenaga pensyarah2 di KUIS, sahabat2 di KUIS, dan KUIS sendiri kerana memudahkan dan membatu ana untuk mencapai impian supaya dapat menyambung pengajian di IPTA....=) kenangan sepanjang di KUIS tidak akan ana lupa sampai bila2............=)
Kenangan terakhir di KUIS
Menteri besar selangor...huuhuh..=)
Terima kasih umi...=)
Terima kasih baba...=)
Batch pertama yang pakai skroll baru KUIS...hehehe
Ust Farid ravi....(Ust ni yg membuatkan ana kenal dengan KUIS)
masa nih syahdu betul....diiringi dengn selawat nabi....=)
huhu..dah g dah kuis....
BalasPadampergi jer...sambung la master kat sana nanti...huhuh7
BalasPadam