Selasa, 15 Mac 2011

TSUNAMI DI JEPUN..

Dunia telah digemparkan dengan bencana gempa bumi yang berlaku di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini. Kesan gelombang tsunami telah merebak sehingga Hawaii dan pantai barat Amerika Syarikat. Ekonomi Jepun dan matawang yen telah jatuh secara mendadak akibat bencana ini. Di bawah merupakan gambar-gambar bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda Tokyo JepuN.
SUBAHANALLAH.......tingginya ombak, setinggi pokok...tanpa belas kasihan..ombak itu meranapkan tempat tinggal manusia...peringatan bagi manusia....


Masih sempat kah untuk menyelamatkan diri jika seperti ini...

Keaddan lapangan terbang yang turut di landa Ombak Tsunami...


Pemandangan yang jelas setelah Tsunami melanda JEPUN.....padang jarak padang tekukur...


Ya Allah...sampai terbelah dua jalan raya....

Dalam satu hadis nabi ada mengatakan, Telah ditunjukkan di depan batang hidung sendiri. Telah dikhabarkan sejak berabad lalu. Hari terakhir tidak akan terjadi sehingga gempa bumi akan sangat sering terjadi.(Hadis Riwayat Bukhari). Untuk kita yang hidup, sama-sama kita renungkan dan muhasabah diri kita, di mana kita sekarang dalam pencapaian amalan kita untuk akhirat kelak. Renung-renungkan dan selamat beramal!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan