Isnin, 21 Mac 2011

NIKAH DI MASJID-JAWAPAN USTAZ AZHAR IDRUS TERHADAP KATA-KATA ANGGOTA MAJLIS FATWA PERLIS

PANDANGAN USTAZ AZHAR IDRUS

Nikah di Masjid Tidak Salah

Hukum menikah di masjid adalah sunat menurut setengah ulamak manakala setengah ulamak berkata dengan harus..

siapa yang kata nikah di masjid itu wajib nyata dia telah tersalah......

siapa yang kata nikah di masjid adalah bid’ah atau menimpang dari ajaran Nabi saw maka orang ini tidak lari dari dua keadaan :

1. Sebab terlalu jahil kerana tak tahu hukum-hukum agama

atau

2. Sengaja mahu menyesatkan kerana tidak endahkan pendapat-pendapat ulamak yang muktabar yang mengatakan sunat atau harus nikah di masjid kerana berdalil dengan hadith Tirmizi yang bertaraf Hasan.

Tidak boleh jadi dalil salah nikah di masjid sebab orang kristian buat kerana banyak lagi amalan-amalan lain yang kita amalkan ada juga di buat oleh kristian contohnya sembahyang di gereja, jadi kita tak boleh sembahyang di masjid sebab kristian juga sembahyang di gereja..tak ke haru jadinya..

Yang sebetulnya tidak bolih nikah di gereja sebab meniru adat orang krtistian..kalau nikah di masjid, tidak salah.

Ramai sangat nak tunjuk pandai sekarang ini padahal mendedahkan kebodohan sendiri..

Nikah dalam masjid harus disisi ulamak mazhab Syafie, Hanafi, Hanbali dan Maliki .

Diantara ulamak-ulamak muktabar yang mengharuskan dan tidak melarang nikah di masjid ialah Imam Nawai, Imam Ghazali, Imam Rafi’I, Ibnu Qayyim , Syeikh Ibn Hajar, Syeikh Hasanain Makluf , Syeikh Ali Jadul Haq dan Syeikh Farid Wajdi (ketiganya adalah bekas mufti Negeri Mesir).

Mana lebih alim antara Mufti-mufti mesir dengan orang-orang perlis ni?

Syiekh Uthaimin sendiri ada berkata tidak salah nikah di masjid dan jangan dikata ianya adalah amalan oranag krsitian..

Hasilnya tidak salah nikah di masjid dengan menjaga adab-adab dalam masjid.

Jng terpedaya dengan dakyah-dakyah melarang nikah di masjid kerana bercanggah dengan perkataan ulamak-ulamak muktabar. Kenapa kita nak ikut perkataan orang-orang bodoh lagi jahil ini dgn meninggalkan perkataan ulamak-ulamak yangg muktabar di seluruh dunia..

Jgn biarkan aqal tuan-tuan semua tidak berfungsi dengan baik..wallahua'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan